BEKAM SUNNAH SHOP

Mengapa kita harus berbekam?

Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil, kapilari (capillaries), baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit. 

Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Mereka akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.

Apakah yang akan terjadi jika kita tidak melakukan rawatan bekam?

Sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah akan menjadi faktor utama yang menyebabkan tersumbatnya urat kapilari kita.
Kapilari bercantum dengan urat lain yang lebih besar di dalam tubuh seperti “vein” dan “artery”.  Jadi, walaupun “vein” dan “artery” tidak tersumbat namun jika “capillaries” tersumbat, seluruh perjalanan darah akan turut terjejas.

Kesannya adalah pelbagai sistem tubuh akan terganggu dan akan menyebabkan tidak sempurnanya fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati. Akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala-gejala awal menunjukkan bahawa  tubuh kita telah dipenuhi darah kotor yang tersumbat adalah seperti  lesu, letih, kebas kaki & tangan, sering pening dan mudah mengantuk.