BEKAM SUNNAH SHOP

PERATURAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM

 
Sebelum Bekam
 
  1. Berbekam semasa perut kososng / puasa / 2 jam selepas makan
  2. Sekiranya pesakit mempunyai penyakit yang menular dengan izin Allah (ketahuilah bahwa setiap pesakit memiliki sebahagian dari penyakit-penyakit menular semacam ini, bagaimana keadaan tubuh mereka) seperti hepatitis C dan virus-virus lain, SILA MAKLUM kepada JURUBEKAM.
Selepas Bekam
 
  1. Tidak melakukan hubungan suami-isteri
  2. Banyak memakan sayur-sayuran, biji-bijian dan buah-buahan
  3. Tidak memakan daging , seafood, telur, susu, keju dan sejenisnya
  4. Tidak memakan garam atau makanan-makanan yang masin (khusus setelah melakukan bekam), karena konon dapat menyebabkan gatal-gatal sebagaimana dijelaskan dalam kitab Al-Alim Wal-Muta’allim.
  5. Rehat yang cukup / tidak bekerja keras.
  6. Sering hasil kesembuhan terlihat dengan cepat, mana hendaklah menolak ucapan apa pun yang menganggap kesembuhan tersebut berasal dari jurubekam, tetapi hendaklah menyandarkan semua kesembuhan itu kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan
  7. Jika pesakit dalam keadaan kenyang, ia akan mengalami gejala muntah dan biasanya tiada darah yang keluar kecuali kes yang amat jarang

KAEDAH STERIL ALAT BEKAM

Setelah  alat bekam digunakan, maka untuk dapat menggunakan kembali alat bekam harus di steril. Proses steril ini sangat penting untuk menjaga kehigin alat bekam.  Oleh itu proses steril yang tepat dan betul  perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.

Cara Steril Alat Bekam

  1.   Alatan Bekam seperti cup, pen dan lainnya yang sudah digunakan direndam dalam larutan NaClO (Klorin) 5% dan air dengan perbandingan 2 bahagian klorin dan 8 bahagian air. Klorin dapat diperoleh dari pemutih pakaian yang dijual dipasaran.
    Rendamkan alatan bekam selama minima 1- 2 Jam.
  2. Rendam peralatan tersebut dengan cairan antiseptik penghilang kuman dan virus selama minimal +/- 5 minit. Contoh cairan antiseptik: DETTOL cair. Satu senduk cairan antiseptik biasanya dicampur dengan satu liter air.
  3. Peralatan Bekam (cup, pen dll) kemudian dicuci menggunakan sabun pencuci seperti sunlight.
  4. Bilas kembali Peralatan Bekam (cup, pen dll) dengan air. (Lebih baik menggunakan air panas (minimal 70 darjah Celcius).
  5. Peralatan Bekam direndam dalam larutan alkohol 70% dan keringkan atau dilap menggunakan tisu.
  6. Kemudian Peralatan Bekam dimasukkan ke dalam mesin UV sterilizer selama 30 minit.
  7.  Kemudian alat tersebut siap digunakan kembali, Jika hendak simpan, masukkan dalam tempat yang terlindung.

BEKAM DAPAT MENGELUARKAN RACUN DAN SIHIR DARI BADAN


Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"
Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.

MASALAH GOUT


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan).Kejadian
batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout.
Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

Serangan akut (tiba-tiba).

Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka
seolah-olah digigit.Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. 

Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. (mcm air coke bila kita buka penutup botol akan keluar buih gas) Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insyaallah....

Jadi sesiapa yang ada penyakit gout tu cepat-cepatlah pergi berbekam. Jangan di biarkan lama-lama nanti akan memudaratkan diri sampai tak boleh bangun pun ada, kerana bisa-bisa sendi...