Nabi Saw bersabda
“Barangsiapa
menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang
mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”
PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak
perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak
menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi
Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan
perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.
KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik
perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia
sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah
ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam
adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan
kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat
diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran
udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat
pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan
BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan
mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat
untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM
Pembekaman ketika perut
kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai
penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu
berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu
Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik
kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak
berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:
"Pembekaman yang
dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila
dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan
tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."