BEKAM SUNNAH SHOP

KAEDAH RAWATAN BEKAM






Kaedah 1:
  • Kawasan yang dibekam: Badan belakang bahagian atas – dari tengkuk, bahu ke pinggang sahaja. 
  • Berapa banyak poin bekam: 10- 20 titik bekam (bergantung keperluan).
  • Masa: 40 minit hingga 1 jam (3 kali ulang)
  • Kesesuaian: Sakit-sakit badan/Merawat masalah kesihatan/Detox/Newbie yang hanya ingin mencuba/Health Maintenance, dll.
Kaedah 2:
  • Kawasan yang dibekam: Kedua-dua kaki. Dari tepi peha, lutut, tepi betis ke kaki bawah.
  • Berapa banyak poin bekam: 10 - 20 titik bekam   (bergantung keperluan).   
  • Durasi: Lebih kurang 1 jam  (3 kali ulang)
  • Kesesuaian Lenguh-lenguh kaki, perjalanan darah yang lambat akibat sejuk atau sakit kerana Gout

MAKANAN SUNNAH NABI


HARI SELASA ADALAH HARI BERDARAH

Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Kerana pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebahagian Ulama telah menjelaskan bahawa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya:
1.) Jurjais Bin Fathin as. dibunuh (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya)
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir’un
5.) Meninggalnya Asiah binti Muzahim isteri Fir’un
6.) Sahib, Sapi Betina Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.
Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa. Demikian 7 peristiwa yang berlaku pada hari Selasa yang dimana setiap peristiwa tersebut mempunyai hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil ikhtibar daripadanya.

Jenis-jenis reaksi kulit selepas selesai melakukan BEKAM DARAH




Gambar di atas adalah jenis-jenis reaksi kulit selepas selesai melakukan BEKAM DARAH. Jika anda mempunyai sistem peredaran darah yang baik, kesan bekam akan hilang dalam tempoh 24-36 jam.

Manakala, jika reaksi kulit anda seperti gambar No.2&3, berwaspada lah kerana anda mempunyai masalah yang serius. Gambar no.3 akan dapat di lihat bagi pesakit yang telah terkena STROKE. Walaupun telah seminggu, kesan bekam masih lagi kelihatan.

Gambar No.4 akan kelihatan pada tempat2 yang di rasai lenguh-lenguh. Dan kadangkala darah yang keluar di kawasan tersebut adalah sedikit.

Jika selepas berbekam terdapat BLISTER (gmbr No.6), anda mempunyai tahap GAS TOXIN yang sgt tinggi di dalam badan anda. Sebagai langkah pencegahan elok jika anda membaiki sistem pencernaan/pembuangan kerana angin yang tidak di lepaskan akan terkumpul.

Tidak semua point-point bekam akan menunjukkan reaksi yang sama.

MAJALAH RAPI BULAN JANUARI 2014


BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i.                  Al-Muawwizat
ii.                Ayatul Kursi
iii.             Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.               Ayat Penggerak

1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN

            Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas




 
CARA

1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.  Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0  AYATUL KURSI
BACAAN




       
        Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-NyaKursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA

1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.    Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.    Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
       



 
        Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
           
CARA

1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.   Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN





Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1.   Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.   Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.   Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK
BACAAN





Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sumber: http://www.darussyifa.org/pertahanandiri2

POINT-POINT UTAMA DALAM BERBEKAM

Point2 untuk rasa satu badan.. hilangkan kolestrol, lancar darah, kuatkan jantung, paru2, masalah buah pinggang, keluarkan angin dalam bdn dan kesimbangan suhu badan. 
facebook: https://www.facebook.com/bekamsunnahsihat

URAT SARAF TAPAK KAKI



Darah Kotor di tapak Kaki selepas kita berbekam... tanda2nya adalah tapak kaki rasa menyucuk di tengah-tengah tapak kaki..

PERATURAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM

 
Sebelum Bekam
 
  1. Berbekam semasa perut kososng / puasa / 2 jam selepas makan
  2. Sekiranya pesakit mempunyai penyakit yang menular dengan izin Allah (ketahuilah bahwa setiap pesakit memiliki sebahagian dari penyakit-penyakit menular semacam ini, bagaimana keadaan tubuh mereka) seperti hepatitis C dan virus-virus lain, SILA MAKLUM kepada JURUBEKAM.
Selepas Bekam
 
  1. Tidak melakukan hubungan suami-isteri
  2. Banyak memakan sayur-sayuran, biji-bijian dan buah-buahan
  3. Tidak memakan daging , seafood, telur, susu, keju dan sejenisnya
  4. Tidak memakan garam atau makanan-makanan yang masin (khusus setelah melakukan bekam), karena konon dapat menyebabkan gatal-gatal sebagaimana dijelaskan dalam kitab Al-Alim Wal-Muta’allim.
  5. Rehat yang cukup / tidak bekerja keras.
  6. Sering hasil kesembuhan terlihat dengan cepat, mana hendaklah menolak ucapan apa pun yang menganggap kesembuhan tersebut berasal dari jurubekam, tetapi hendaklah menyandarkan semua kesembuhan itu kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan
  7. Jika pesakit dalam keadaan kenyang, ia akan mengalami gejala muntah dan biasanya tiada darah yang keluar kecuali kes yang amat jarang

KAEDAH STERIL ALAT BEKAM

Setelah  alat bekam digunakan, maka untuk dapat menggunakan kembali alat bekam harus di steril. Proses steril ini sangat penting untuk menjaga kehigin alat bekam.  Oleh itu proses steril yang tepat dan betul  perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.

Cara Steril Alat Bekam

  1.   Alatan Bekam seperti cup, pen dan lainnya yang sudah digunakan direndam dalam larutan NaClO (Klorin) 5% dan air dengan perbandingan 2 bahagian klorin dan 8 bahagian air. Klorin dapat diperoleh dari pemutih pakaian yang dijual dipasaran.
    Rendamkan alatan bekam selama minima 1- 2 Jam.
  2. Rendam peralatan tersebut dengan cairan antiseptik penghilang kuman dan virus selama minimal +/- 5 minit. Contoh cairan antiseptik: DETTOL cair. Satu senduk cairan antiseptik biasanya dicampur dengan satu liter air.
  3. Peralatan Bekam (cup, pen dll) kemudian dicuci menggunakan sabun pencuci seperti sunlight.
  4. Bilas kembali Peralatan Bekam (cup, pen dll) dengan air. (Lebih baik menggunakan air panas (minimal 70 darjah Celcius).
  5. Peralatan Bekam direndam dalam larutan alkohol 70% dan keringkan atau dilap menggunakan tisu.
  6. Kemudian Peralatan Bekam dimasukkan ke dalam mesin UV sterilizer selama 30 minit.
  7.  Kemudian alat tersebut siap digunakan kembali, Jika hendak simpan, masukkan dalam tempat yang terlindung.

BEKAM DAPAT MENGELUARKAN RACUN DAN SIHIR DARI BADAN


Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"
Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.

MASALAH GOUT


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan).Kejadian
batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout.
Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

Serangan akut (tiba-tiba).

Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka
seolah-olah digigit.Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. 

Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. (mcm air coke bila kita buka penutup botol akan keluar buih gas) Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insyaallah....

Jadi sesiapa yang ada penyakit gout tu cepat-cepatlah pergi berbekam. Jangan di biarkan lama-lama nanti akan memudaratkan diri sampai tak boleh bangun pun ada, kerana bisa-bisa sendi...