Ada lima
jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta
benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i.
Al-Muawwizat
ii.
Ayatul Kursi
iii.
Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.
Ayat Berkubu
v.
Ayat Penggerak
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah
Al-Ikhlas
2. Surah
Al-Falaq
3. Surah
An-Naas
CARA
1.
Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.
Mengangkat dua tangan seperti
berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.
Tarik nafas kemudian tiup pada tapak
tangan sehingga habis nafas
5.
Tarik sikit nafas kemudian
tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh
anggota badan yang boleh dicapai kecuali
anggota sulit.
6.
Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap
hari
BACAAN
Terjemahan;
Allah, tidak ada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus
menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya
apa yang di
langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa
izin-Nya. Allah mengetahui
apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang
mereka, dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit
dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat
memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
1.
Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.
Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi
tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
3.
Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah).
Berjalan sama
ada didalam atau diluar rumah.
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari
rasul-rasul, (4) (yang berada)
di atas jalan
yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha
Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi
peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku
perkataan (ketentuan Allah)
terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
(8) Sesungguhnya Kami telah memasang
belenggu di leher mereka, lalu
tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah.
(9) Dan Kami adakan
di hadapan mereka dinding dan di belakang
mereka dinding (pula), dan Kami tutup
(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
1.
Untuk memegar diri, keluarga
dan harta benda
2.
Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu
lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin
ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan
menuju kepenjuru rumah satu lagi.
(Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di
setiap penjuru iaitu sampai bertemu
penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi
ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBUBACAAN
Aku berlindung
dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan
kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
1.
Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat).
Baca ayat ini kemudian tiup sehingga
habis nafas ke hadapan sambil
menoleh kanan ke kiri.
2.
Pusing ke arah kiri
(sekarang berdiri ke arah selatan),
Baca ayat ini kemudian tiup sehingga
habis nafas ke hadapan sambil
menoleh kanan ke kiri.
3.
Lakukan perkara yang sama untuk arah timur
dan utara
4.
Berpaling semula ke arah
kiblat, baca lagi kemudian tiup
kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup
kearah atas sehingga habis nafas
5.
Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini
kemudian tarik nafas dan tahan
nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
BACAAN
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit
dan Dia maha
mendengar lagi maha mengetahui.
1.
Bila hendak pergi kesesuatu
tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung
atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah
daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini
tujuh kali.
2.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan
ketika membaca ayat ini, berehat
dahulu. Setelah berehat baca lagi
sehingga tujuh kali bacaan lancar baru
teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.Sumber: http://www.darussyifa.org/pertahanandiri2