BEKAM SUNNAH SHOP

KAEDAH BEKAM YANG TERBAIK

-Hendaklah berpuasa 3 jam sebelum berbekam ( TIDAK boleh makan apa-apa 3 jam sebelum berbekam ).

-Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi & tidur melainkan selepas sejam kemudian.

-Jangan makan makanan laut ( seafood )untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

KENAPA DILARANG MAKAN SEBELUM & SELEPAS BERBEKAM???

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:

"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit setahun."

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

PERBEZAAN BEKAM DAN DERMA DARAH


 





BEKAM & DERMA DARAH adalah 2 perkara yang berbeza. 

Bekam adalah proses menyingkirkan darah yang bertoksin @ beracun yg berada di bawah permukaan kulit. Darah yang dikeluarkan adalah darah yang tidak mengandungi oksigen, zat & nutrien. Darah kotor ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada badan manusia melainkan hanya akan menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.  

Manakala derma darah adalah proses mengeluarkan darah yang dari pembuluh darah/saluran darah. Ianya  termasuk darah2 yang diperlukan oleh tubuh. Semasa proses menderma, darah2 yang mengandungi zat, nutrien, LDL turut sama disingkirkan sedangkan ianya sangat diperlukan oleh tubuh.

JIN BERGERAK DALAM TUBUH MANUSIA

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
 

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :


" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Bagaimana pula JURUBEKAM merawat gangguan jin ?

Jin bergerak dalam tubuh manusia melalui darah dan pula ada hadith sahih yang al hijamah/bekam sunnah mampu menyembuhkan racun dan sihir.

Bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi (spt diatas). Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.
Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.

UV Sterilizer-alat disteril


 Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk disterill / cuci alatan bekam ini. Anda boleh guna:
1. Kaedah rebusan selama beberapa minit dalam air yg mendidih,
2. Rendamkan kedalam larutan Alkohol beberapa jam.
3. Kaedah yang terbaru yang mudah dan cepat iaitu menggunakan alat disterill seperti UV Sterilizer. 

Alat UV Disterill ini sebenarnya telah lama digunakan di mana Hospital dan Klinik. Ia menggunkan cahaya UV sebagai medium untuk membunuh Virus dan Kuman. Banyak kajian telah dibuat sebenarnya bahawa cahaya UV ini terbukti berkesan membunuh Kuman, Virus, termasuklah virus HIV, dan Aids.

SOALAN SOALAN LAZIM MENGENAI BEKAM

 


1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?

Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?


Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?


Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?


Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?


Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?


Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.
 

8)Apakah pantang larang selepas berbekam ?

Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?


Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

10) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?

a) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

b) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

c) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

BERBEKAM DALAM KEADAAN PERUT KOSONG


Tujuan berbekam dengan keadaan perut kosong ialah supaya organ sistem penghadaman tubuh badan tidak bekerja dan dalam keadaan rehat.Apabila berbekam,semua darah kotor yang keluar mewakili kesemua organ tubuh badan.Sebaliknya jika berbekam dalam keadaan kenyang maka organ sistem penghadaman sedang bekerja keras,darah kotor yang keluar pun hanya mewakili organ penghadaman sahaja dan tidak sama sekali mewakili semua organ tubuh. Seelok eloknya berpuasa. Kalau tak dapat berpuasa cukup sekadar dengan berlapar selama 2 jam sebelum berbekam.

Appointment bekam boleh hubungi Latib (019-5953693).