Jin
boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai
cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan
pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh
Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang
maksudnya :
" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
Bagaimana pula JURUBEKAM merawat gangguan jin ?
Jin bergerak dalam tubuh manusia melalui darah dan pula ada hadith
sahih yang al hijamah/bekam sunnah mampu menyembuhkan racun dan sihir.
Bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun
Nabawi (spt diatas). Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik
sendi badan.
Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan
endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui
saluran darah manusia.