BEKAM SUNNAH SHOP

KAEDAH BEKAM YANG TERBAIK

-Hendaklah berpuasa 3 jam sebelum berbekam ( TIDAK boleh makan apa-apa 3 jam sebelum berbekam ).

-Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi & tidur melainkan selepas sejam kemudian.

-Jangan makan makanan laut ( seafood )untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

KENAPA DILARANG MAKAN SEBELUM & SELEPAS BERBEKAM???

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:

"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit setahun."

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."