Assamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tahukah anda bahawa amalan berbekam adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian kita sekarang. Dewasa ini, kita terdedah dengan pelbagai penyakit yang menyebabkan kesejahteraan hidup ita terjejas. Faktor yang terbesar ialah berpunca daripada pemakanan kita yang kurang berzat dan mengandungi pelbagai menambah perasa yang membahayakan kesihatan.
Tambahan alam sekitar yang tercemar dan gaya hidup yang tidak seimbang menyumbang kepada pengumpulan toksin dalam badan kita. Pakar-pakar kesihatan bertungkus lumus membuat ubat dan penawar untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Seterusnya diambil peluang oleh ahli-ahli bisnes membuat pelbagai produk untuk menjana peluang keuntungan.
Namun kita lupa bahawa Nabi Muhammad saw telah mengajar kita tentang berbekam. Ada banyak hadis yang memperkatakan tentang amalan berbekam. Antaranya ialah;-
“Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu.”
( Hadis riwayat Bukhari Muslim )
Mengikut kajian, selepas 3 bulan sel darah
merah didalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik,
urea, toksin dan sel darah merah yang rosak, Sel darah kotor ini akan
berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan
digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi Oksigen dan
nutrient yang diperlukan oleh sel tubuh.
Rawatan yang terbaik adalah dengan berbekam!
hanya semudah itu. Tidak perlu rawatan yang canggih-canggih dan mahal.
Walaupun rawatan bekam adalah amalan kuno namun ia adalah saranan dari
Rasululah saw. Tidak ada daripada Rasulullah saw perkara yang sia-sia.
Kini, ramai pakar perubatan dari barat telah
mengakui kehebatan amalan berbekam. Justeru, kita sebagai umat
Rasulullah saw perlulah lebih menghargai amalan ini.
Dengan mendalami ilmu berbekam, kita bukan
sahaja dapat merawat diri sendiri dan keluarga, malah berpeluang menjana
pendapatan sampingan atau utama. Malah ia adalah pekerjaan yang mulia.
Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, ia membuang darah, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan” Hadis Riwayat Tarmizi”
Namun, bagi kebanyakkan orang tidak mengetahui tentang berbekam. Mengikut kajian :-
Kebanyakkan orang keliru faedah berbekam dengan derma darah. Sebenarnya terlalu banyak perbezaan antara keduanya.
- Hanya 20 % umat Islam yang tahu tentang bekam
- Hanya 10 % umat Islam yang pernah berbekam