Gout merupakan sejenis
sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang
tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi
gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan
menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak
dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping
boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak
pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian
batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout.
Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
• Serangan akut (tiba-tiba).
• Serangan kronik yang berpanjangan.
Serangan gout akut
dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi
bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga
enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka
seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan
kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut
namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan
berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara
dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya
pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Bagi mengurangkan rasa
sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling
mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid
urik tadi. (mcm air coke bila kita buka penutup botol akan keluar buih
gas)
Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insyaallah....